PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Khamis mendakwa, lima peluru berpandu menyasarkan ibu kota negara itu selepas pertemuannya bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

Menurutnya, tidak lama selepas mengadakan perbincangan bersama Guterres di Kiev, Rusia melepaskan lima peluru berpandu tersebut.

Jelasnya, Rusia cuba memalukan institusi PBB dan ia memerlukan tindakan tegas pihak berkaitan.

"Hari ini, sejurus selepas perbincangan kami di Kiev, peluru berpandu Rusia diterbangkan ke bandar itu. Lima peluru berpandu.

"Ini menunjukkan sikap sebenar Rusia terhadap institusi-institusi global, percubaan Rusia untuk memalukan PBB dan semua wakil organisasi itu.

"Oleh itu, satu tindakan tegas perlu diambil," katanya.

Ukraine-Rusia | Serangan peluru berpandu, Rusia cuba malukan PBB

Pada masa sama, Zelenskyy mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS Joe Biden kerana memohon pembiayaan baharu bernilai AS$33 bilion untuk menyokong Ukraine.

Katanya, beliau beliau berharap pihak Kongres akan segera meluluskan permintaan itu.

Rusia-Ukraine | Guterres tiba di Ukraine, bertemu Zelenskyy