[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

Krisis Rusia-Ukraine: Biden beri amaran kepada China

Astro Awani 19/03/2022 | 02:20 MYT
Joe Biden dan Xi Jinping mengadakan pertemuan secara dalam talian pada Jumaat. (Foto AP)
SETIAUSAHA Akhbar White House Jen Psaki berkata Presiden Joe Biden memberi amaran kepada Presiden China Xi Jinping sekiranya China memberikan sokongan material kepada Rusia, negara itu akan menanggung implikasinya.

Perkara itu diperkatakan Biden terus kepada Xi Jinping dalam pertemuan secara dalam talian mereka pada Jumaat.

Bagaimanapun, Psaki tidak memperincikan apa implikasi yang dimaksudkan oleh Biden.

Dia cuma memberitahu pihak media, pentadbiran itu mempunyai kaedah pertimbangan dan sekatan yang boleh dilakukan.

China dalam satu kenyataan selepas mesyuarat dengan Biden, melalui Kementerian Luarnya, melahirkan kesal dengan "konflik yang berlaku, tetapi tidak menyalahkan Rusia dan tidak menyatakan apa langkah yang diambil negara itu berhubung konflik berkenaan.

Ditanya mengenai ancaman Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov bahawa sebarang penghantaran senjata ke Ukraine akan dilihat sebagai "sasaran yang sah, Psaki menepisnya dengan menyatakan, ia merupakan ancaman yang pernah dibuat sebelum ini.




#China #Joe Biden #Xi Jinping #Washington