awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Kematian tragis kanak-kanak 6 tahun, buat pasukan perubatan menangis

Agensi
Agensi
28/02/2022
04:47 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Kematian tragis kanak-kanak 6 tahun, buat pasukan perubatan menangis
Dalam video yang dikongsikan oleh agensi berita APTN, pakar perubatan dilihat bertungkus lumus cuba menyelamatkan kanak-kanak itu. - Gambar AP
MARIUPOL: Sebuah hospital di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine kecoh apabila sebuah ambulans tiba dengan membawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.
Kanak-kanak itu dilapor mengalami kecederaan serius akibat terkena tembakan pihak tentera Rusia.
Dalam video yang dikongsikan oleh agensi berita APTN, pakar perubatan dilihat bertungkus-lumus cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu tiba dalam keadaan tidak bernyawa, bapanya pula cedera parah. - Foto AP
Kanak-kanak itu tiba dalam keadaan tidak bernyawa, bapanya pula cedera parah. - Foto AP
Namun, tragisnya kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Kematian kanak-kanak itu jelas menjentik emosi kakitangan, apabila beberapa petugas perubatan mengalirkan air mata manakala seorang lagi meluahkan kata-kata kasar terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin.
KRISI RUSIA - UKRAINE SEMAKIN MERUNCING, DAPATKAN LIPUTAN KOMPREHENSIF
"Tunjukkan ini kepada Putin, mata kanak-kanak ini dan para doktor yang menangis.
"Saya harap dia (Putin) akan mati," katanya dengan nada marah bercampur kecewa.
KRISIS RUSIA-UKRAINE, LIPUTAN KOMPREHENSIF ADA DI SINI
Pasukan perubatan gagal menyelamatkan kanak-kanak itu. - Foto AP
Pasukan perubatan gagal menyelamatkan kanak-kanak itu. - Foto AP
Semasa doktor merawat kanak-kanak itu, bapanya dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama.
Ibunya pula dilihat duduk bersendirian di koridor, menyusun barang-barang yang dibawa semasa mereka ke hospital.
Mengikut rekod, ini bukan kematian pertama melibatkan kanak-kanak dibawah usia 18 tahun susulan perang yang memuncak antara Moscow-Kyiv.
Pada 26 Februari lalu, seorang kanak-kanak lelaki juga berusia 6 tahun warga Ukraine turut dilapor meninggal dunia kerana terkena peluru dibedil Rusia.
Kematian tragis kanak-kanak 6 tahun undang suasana pilu
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Ukraine
#Rusia
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan