awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
Pesawat IAT ATR 42-500 terhempas: Pasukan SAR jumpa mayat kedua
PM Jepun Takaichi bubar Dewan Rendah pada Jumaat ini, pilihan raya umum 8 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: NATO belum lihat pengurangan tentera di sempadan

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2022
22:05 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: NATO belum lihat pengurangan tentera di sempadan
NATO belum melihat tanda-tanda pengurangan tentera Rusia di sempadan Ukraine walaupun negara itu bertegas beberapa unit latihan ketenteraannya sudah kembali ke pangkalan. - Foto Kementerian Pertahanan Rusia
BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) belum melihat tanda-tanda pengurangan tentera Rusia di sempadan Ukraine walaupun negara itu bertegas beberapa unit latihan ketenteraannya sudah kembali ke pangkalan.
Setiausaha Agungnya, Jens Stoltenberg menyifatkan kenyataan Rusia itu sekadar memberi bayangan sementara bahawa negara itu tidak akan menyerang Ukraine dalam masa terdekat.
"Setakat ini kami tidak melihat sebarang tanda pengurangan tenteranya di lapangan. Rusia telah mengumpulkan pasukannya di dalam dan sekitar Ukraine, tidak pernah berlaku sebelum Perang Dingin. Segala-galanya kini sudah tersedia untuk serangan baharu," katanya dalam satu sidang media di sini pada Selasa.
BACA: Rusia arah tentera pulang ke pangkalan, sifatkan ia 'latihan' semata-mata
Justeru, diplomasi antara negara perlu diteruskan bagi memastikan Rusia benar-benar tidak melakukan pencerobohan ke atas Ukraine. "Rusia masih mempunyai masa untuk berundur, hentikan hasrat untuk berperang dan mulakan penyelesaian damai," tambah Stoltenberg. NATO juga bukan sahaja mahu melihat pengunduran tentera, malah, peralatan ketenteraan Rusia di sempadan Ukraine. BACA: Krisis Rusia-Ukraine: Canselor Jerman bertemu Putin Pada Selasa, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, Moscow bersedia untuk berbincang dengan Amerika Syarikat dan NATO mengenai had penggunaan peluru berpandu dan ketelusan ketenteraan. Setakat ini, pemimpin Eropah bertungkus-lumus untuk cuba menghentikan kemungkinan perang baharu di benua itu susulan ketegangan antara Rusia dan Ukraine sejak beberapa minggu lalu. Selain itu, Eropah turut berada di persimpangan untuk menyebelahi Rusia atau Amerika Syarikat susulan kebergantungan blok itu kepada minyak dan gas Rusia.
Topic Berkaitan
#NATO
#Rusia
#Ukraine
#Jens Stoltenberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan