[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
DUNIA

Krisis tebusan Sydney: Tabiat buruk berselfie tidak bertempat dikutuk hebat

T K Letchumy Tamboo 16/12/2014 | 03:36 MYT
Krisis tebusan Sydney yang menjadi perhatian dunia semalam, turut mendedahkan tabiat manusia zaman sekarang yang suka berselfie tidak kira tempat, masa dan keadaan.
Krisis tebusan di Sydney yang menjadi perhatian dunia semalam, turut mendedahkan tabiat buruk manusia zaman sekarang yang gemar berselfie tanpa mengira tempat, masa dan keadaan.
Ini kerana kejadian yang mendebarkan di kafe Lindt dimana seorang lelaki bersenjata menahan beberapa orang tebusan dan memaparkan bendera kumpulan militan IS pada pagi Isnin, menarik perhatian beberapa pengunjung ke kawasan itu untuk merakamkan selfie masing-masing.
Tindakan itu dikritik hebat di laman media sosial, terutamanya Twitter, sehingga ada hashtag yang direka untuk topik itu, iaitu #sydneyselfie dan #selfieshame.
s
Sumber: Instagram frednyamhunga
Rata-rata kritikan itu mengatakan tindakan berselfie di tempat kejadian itu menunjukkan sikap kebodohan dan tidak menghormati mangsa kejadian.
Berikut antara tweet yang dicetuskan mengenai isu itu:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Polis Sydney mengesahkan tiga terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata dalam krisis tebusan selama 16 jam itu.
#selfie shame #Sydney #sydney selfie #tebusan sydney