awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Ukraine-Rusia: Bandar Kharkiv kembali bergelap

Faida Rahim
Faida Rahim
17/12/2022
04:40 MYT
Krisis Ukraine-Rusia: Bandar Kharkiv kembali bergelap
Bekalan air juga terputus selepas stesen pam air tidak boleh berfungsi kerana ketiadaan bekalan elektrik sekali gus menjadikan Kharkiv bandar tanpa bekalan elektrik dan air.- AP
KHARKIV: Bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv terputus bekalan eletrik selama beberapa jam selepas serangan terbaharu Rusia yang menyasarkan stesen janakuasa di seluruh negara itu.
Memetik laporan BBC, pegawai wilayah itu memaklumkan sebanyak sembilan stesen janakuasa diserang selepas tentera Rusia melepaskan 76 peluru berpandu dan melakukan serangan dron, semalam.
Datuk Bandar Kharkiv berkata 55 peratus penduduk bandar itu bergelap selepas stesen mengalami kerosakan serius namun mendapat semula bekalan eletrik pada sebelah petang.
Salah seorang penduduk, Anastaisa memberitahu bahawa mogok dilancarkan pada pagi Jumaat.
“Dalam beberapa minit, lampu mula berkelip. Hanya selepas 10 saat kemudian, bekalan eletrik terputus, semuanya diam dan itu sahaja,” kata ibu kepada bayi berusia dua bulan.
Dalam masa sama, bekalan air juga terputus selepas stesen pam air tidak boleh berfungsi kerana ketiadaan bekalan elektrik sekali gus menjadikan Kharkiv bandar tanpa bekalan elektrik dan air.
Bagaimanapun, pengendali grid kuasa Ukraine, Ukrenergo, memberi amaran berkemungkinan pihaknya mengambil masa lebih lama untuk memulihkan bekalan akibat kerosakan besar.
Penasihat Kementerian Pertahanan Yuriy Sak memberitahu serangan berulang Rusia menyebabkan kerja pembaikan kerosakan menjadi semakin sukar.
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Kharkiv
#Krisis Ukraine Rusia
#serangan peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan