awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kru Cathay Pacific suka mencuri, ais krim Haagen-Dasz paling paling digemari

Agencies
Agencies
23/04/2019
04:14 MYT
Kru Cathay Pacific suka mencuri, ais krim Haagen-Dasz paling paling digemari
Syarikat penerbangan Cathay Pacific, mendedahkan kerugian mencecah ratusan juta dollar akibat akibat perbuatan mencuri kru penerbangan.
Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong, Cathay Pacific, mendedahkan kerugian mencecah ratusan juta dollar akibat perbuatan ‘panjang tangan’ kru penerbangan mereka.
Kecurian yang paling tinggi melibatkan aiskrim jenama Haagen-Dasz selain peralatan makanan, gelas dan roti meskipun semuanya itu boleh disimpan untuk penerbangan yang seterusnya.
Seramai enam pekerja telah dikenal pasti terlibat dalam perbuatan yang memalukan itu dan kini masih menunggu bentuk hukuman yang bakal dikenakan.
Ketua kru penerbangan, Vera Wu Yee-mei yang mewakili seramai 7,000 pekerja berkata, mencuri merupakan satu perbuatan yang secara terang-terangan melanggar polisi pekerjaan.
“Semua staf memahami ada polisi yang perlu dipatuhi. Anda hanya akan mempertaruhkan kerjaya anda semata-mata kerana minuman, roti atau sebatang pen,” katanya seperti dilaporkan media antarabangsa.
Sementara itu, seorang pramugari yang enggan dikenali mendakwa kru penerbangan lazimnya mengambil makanan yang akan dibuang.
“Biasanya makanan untuk penumpang selalu banyak lebihan. Peraturan Aturan keselamatan dan kesihatan makanan melarang pemindahan makanan dan minuman dari pesawat kecuali botol minuman alkohol yang belum dibuka atau kaviar,” katanya.
Topic Berkaitan
#Cathay Pacific
#Hong Kong
#keselamatan
#kesihatan
#penerbangan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan