DUNIA
Kru kabin Air Canada teruskan mogok walau diperintah kembali bekerja
Aktivis kesatuan memegang plakad ketika mereka mencelah sidang media oleh eksekutif Air Canada, menjelang kemungkinan mogok kru kabin syarikat penerbangan itu, di sebuah hotel di Toronto, Ontario, Kanada, pada 14 Ogos lalu. - Gambar Reuters
TORONTO: Kru kabin Air Canada bertegas akan meneruskan mogok biarpun Lembaga Perhubungan Perindustrian Kanada (CIRB) mengarahkan mereka kembali bekerja menjelang jam 2 petang Ahad (waktu tempatan), arahan yang disifatkan sebagai tidak berperlembagaan.
Kesatuan Pekerja Awam Kanada (CUPE) dalam kenyataan memaklumkan, lebih 10,000 ahlinya akan kekal di barisan piket dan menggesa syarikat penerbangan itu kembali ke meja rundingan bagi mencapai perjanjian yang adil.
Mogok itu, yang merupakan pertama kali dalam tempoh hampir 40 tahun, telah menjejaskan perjalanan kira-kira 130,000 penumpang setiap hari di seluruh dunia ketika musim puncak cuti musim panas. Air Canada dalam pada itu mengumumkan penerbangan hanya akan disambung semula pada Isnin malam.
Sabtu lalu, kerajaan Kanada campur tangan dengan meminta CIRB melaksanakan timbang tara mandatori demi melindungi kepentingan ekonomi negara.
Walaupun arahan itu berpihak kepada syarikat penerbangan, ia ditentang keras oleh kesatuan pekerja.
Tindakan kesatuan mencabar keputusan CIRB disifatkan luar biasa, dan setakat ini tidak jelas langkah susulan yang boleh diambil kerajaan sekiranya mogok terus berlanjutan.
Antara isu utama yang dibangkitkan ialah tuntutan kru kabin supaya turut dibayar bagi masa yang dihabiskan di darat, termasuk ketika membantu penumpang menaiki pesawat.
Pada masa ini, kebanyakan kru hanya dibayar ketika pesawat sedang bergerak.
Selain itu, cadangan kenaikan gaji dan skim pampasan baharu yang ditawarkan Air Canada dianggap tidak memadai serta gagal menyaingi kadar inflasi dan gaji minimum persekutuan.
Menurut Presiden Kesatuan Tempatan, Natasha Stea, beberapa kesatuan lain turut hadir memberikan solidariti di barisan piket di Toronto pada Ahad.
“Mereka hadir menyokong kerana mereka melihat hak kami semakin terhakis,” katanya. - Agensi