DUNIA
Kru Shenzhou-20 berjaya lakukan EVA kali kedua
Angkasawan Chen Dong dan Chen Zhongrui melakukan EVA di stesen angkasa lepas Shenzhou-20. - Gambar/ CMG
BEIJING: Kru Shenzhou-20 berjaya melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) buat kali kedua mereka di stesen angkasa lepas pada Khamis, kata Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Ringkasan AI
- Kru Shenzhou-20 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kedua mereka selama 6.5 jam dengan bantuan lengan mekanikal dan sokongan pasukan dari Bumi.
- Angkasawan Chen Dong dan Chen Zhongrui kembali selamat ke modul makmal selepas EVA, manakala eksperimen sains angkasa yang dijalankan oleh kru berjalan lancar.
- Fasa seterusnya akan memberi tumpuan kepada penyelidikan sains hayat angkasa, fizik graviti rendah, sains bahan, perubatan angkasa dan teknologi baharu.
Tiga angkasawan iaitu Chen Dong, Chen Zhongrui dan Wang Jie menyelesaikan tugas EVA pada pukul 9.29 malam (waktu Beijing), dibantu dengan lengan mekanikal stesen angkasa lepas serta kumpulan penyelidik dari Bumi.
Chen Dong dan Chen Zhongrui selamat kembali ke modul makmal selepas melakukan operasi EVA selama 6.5 jam.
Pada masa ini, pelbagai eksperimen sains angkasa yang dijalankan oleh kru Shenzhou-20 berjalan lancar.
Bagi fasa seterusnya, mereka turut akan menumpukan usaha untuk menjalankan penyelidikan sains angkasa dan ujian teknologi melibatkan sektor sains hayat angkasa, fizik asas graviti rendah, sains bahan angkasa, perubatan angkasa, dan teknologi baharu angkasa.
-- BERNAMA