Kuali meletup ketika pesta makanan, seorang wanita maut

Agensi
September 10, 2019 01:59 MYT
Lima dilaporkan kritikal dengan empat mengalami kecederaan akibat melecur ketika letupan berlaku di Freudenberg. -Foto AP
Seorang wanita disahkan maut akibat melecur teruk selepas sebuah kuali meletup ketika berlangsungnya pesta makanan Backesfest di Jerman.
Menurut pihak berkuasa, insiden turut mencederakan 14 penduduk kampung yang menyertai festival itu.
Lima mangsa dilaporkan kritikal dengan empat mengalami kecederaan akibat melecur, manakala seorang mangsa terkena serangan jantung ketika letupan itu berlaku di Freudenberg.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan ia mungkin mengambil tempoh beberapa hari.
Backesfest merupakan festival tahunan yang disambut bagi meraikan permulaan operasi pastri di kampung tersebut.
#Jerman #letupan #mangsa #maut #siasatan #wanita