DUNIA
Kuari runtuh Jawa Barat: Operasi SAR bersambung, 17 maut setakat ini
Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat punca runtuhan dan sedang menjalankan soal siasat ke atas pemilik dan pekerja kuari itu - Foto/REUTERS
CIREBON: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada Ahad bagi mengesan lapan individu yang dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan batu di sebuah kuari di Cirebon, Jawa Barat.
Setakat ini, 17 mangsa disahkan maut dan enam lagi cedera dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan memaklumkan, jentera berat termasuk tiga jengkaut, turut tertimbus di bawah timbunan batu.
Bagaimanapun, tiada anggaran sebenar diberikan berhubung jumlah mangsa yang masih hilang.
Sebelum ini, Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi memaklumkan, lokasi runtuhan di Gunung Kuda dikategorikan berbahaya dan "tidak memenuhi piawaian keselamatan untuk pekerja."
Beliau juga mengarahkan penutupan kuari tersebut serta empat tapak kuari lain yang serupa di Jawa Barat.
Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat punca runtuhan dan sedang menjalankan soal siasat ke atas pemilik dan pekerja kuari itu.