DUNIA

Kucing Presiden Indonesia dilayan bak VIP, netizen persoal penggunaan sumber negara

Astro Awani 20/07/2025 | 05:10 MYT
Bobby Kertanegara tiba di lokasi acara menaiki kereta sorong mewah sambil diiringi barisan keselamatan. -Gambar fail/Instagram @bobbykertanegara
JAKARTA: Seekor kucing peliharaan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mencuri perhatian ramai apabila dikawal ketat anggota polis semasa menghadiri acara Cat Lovers Social Day 2025.


Ringkasan AI
  • Kucing peliharaan Presiden Indonesia, Bobby Kertanegara, mencuri perhatian apabila dikawal ketat oleh polis semasa acara Cat Lovers Social Day 2025.
  • Penampilan Bobby dengan pakaian jeneral dan pengiring keselamatan mencetuskan reaksi bercampur daripada netizen dan pemerhati politik.
  • Wakil kerajaan mempertahankan tindakan tersebut sebagai tanggungjawab negara menjaga aset presiden, sementara Bobby menjadi ikon acara dan menarik perhatian media.


Kucing dikenali sebagai Bobby Kertanegara dilihat tiba di lokasi acara menaiki kereta sorong mewah sambil diiringi beberapa anggota polis yang membentuk barisan keselamatan seperti menyambut ketibaan seorang kenamaan.

Bobby turut mengenakan pakaian seragam mini berpangkat jeneral bintang empat dan ditempatkan di atas pentas utama sebagai tetamu istimewa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rakaman video insiden tersebut yang tular di media sosial mencetuskan kritikan terhadap penggunaan sumber negara untuk mengawal haiwan peliharaan presiden.

Ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai berlebihan dan membazir dana awam, manakala sebahagian lain mempertahankan langkah tersebut atas alasan keselamatan dan simbolik.

Wakil Menteri Sekretaris Negara, Juri Ardiantoro, menjelaskan bahawa pengawalan terhadap Bobby adalah sebahagian daripada tanggungjawab negara dalam menjaga aset milik Presiden.

“Bukan hanya Presiden, tetapi properti miliknya termasuk Bobby menjadi tanggungjawab kami untuk dijaga,” katanya kepada media tempatan.

Acara tersebut merupakan kolaborasi di antara Polis Republik Indonesia dan Rumah Sakit Hewan Polri, bertujuan mempromosikan kesedaran terhadap penjagaan haiwan peliharaan.

Bobby dilaporkan menjadi ikon acara dan menarik perhatian media serta peminat kucing di seluruh negara.













#Prabowo Subianto #Kucing peliharaan Presiden Indonesia #Bobby Kertanegara #dikawal ketat oleh polis