DUNIA
Kumpulan The Hague umum langkah luar biasa hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Keputusan dicapai semasa Persidangan Kecemasan dua hari anjuran Kumpulan The Hague yang berlangsung di Bogota, Colombia, dan menghimpunkan penyertaan dari 30 negara. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Satu pakatan negara telah mengumumkan enam tindakan bersepadu dalam bidang diplomatik, undang-undang dan ekonomi terhadap serangan berterusan Israel ke atas Wilayah Palestin Diduduki (OPT), termasuk pemindahan senjata kepada rejim itu.
Ringkasan AI
Keputusan tersebut dicapai semasa Persidangan Kecemasan dua hari anjuran Kumpulan The Hague yang berlangsung di Bogota, Colombia, dan menghimpunkan penyertaan dari 30 negara seluruh dunia.
Kementerian Luar Colombia dan Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan dalam satu kenyataan bersama pada Rabu berkata, 12 negara sebulat suara bersetuju melaksanakan enam langkah utama bagi memutuskan sebarang bentuk kerjasama yang bersekongkol dengan tindakan Israel di Gaza.
Ke-12 negara yang menyokong keputusan itu - Bolivia, Colombia, Cuba, Indonesia, Iraq, Libya, Malaysia, Namibia, Nicaragua, Oman, Saint Vincent and the Grenadines, serta Afrika Selatan - berikrar untuk segera melaksanakan langkah tersebut menerusi kerangka undang-undang dan pentadbiran masing-masing.
"Langkah itu termasuk melarang pembekalan atau pemindahan senjata, peluru, bahan api ketenteraan dan barangan dwiguna kepada Israel, serta menghalang kapal yang membawa barangan tersebut daripada berlabuh atau diselenggara di pelabuhan negara atau di bawah bendera negara masing-masing," menurut kenyataan itu.
Langkah lain termasuk menyemak semula semua kontrak awam bagi mengelak pembiayaan terhadap projek yang berkaitan dengan pendudukan Israel, memastikan akauntabiliti terhadap jenayah antarabangsa menerusi siasatan dan pendakwaan, serta menyokong bidang kuasa sejagat bagi menegakkan keadilan kepada mangsa di wilayah Palestin yang diduduki.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa negara yang mengambil bahagian menegaskan komitmen mereka untuk mengambil tindakan berkesan terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel, dan mengajak negara lain supaya mengguna pakai langkah tersebut menjelang sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada September 2025.
Pelapor Khas PBB bagi Hak Asasi Manusia Palestin, Francesca Albanese, berkata langkah 12 negara itu merupakan tindakan penting ke hadapan sambil menegaskan bahawa "masa kini semakin suntuk bagi negara dari Eropah, dunia Arab dan lain-lain untuk turut serta".
Sementara itu, kenyataan tersebut menambah bahawa kesemua 30 negara peserta turut sebulat suara bersetuju bahawa era kekebalan mesti ditamatkan - dan undang-undang antarabangsa mesti dikuatkuasakan tanpa takut atau pilih kasih melalui dasar dan perundangan domestik yang segera - serta menyeru gencatan senjata segera dilaksanakan.
Kumpulan The Hague, iaitu pakatan global pelbagai negara yang dianggotai sembilan negara - Belize, Bolivia, Colombia, Cuba, Honduras, Malaysia, Namibia, Senegal dan Afrika Selatan - ditubuhkan pada Januari tahun ini bagi menggerakkan sokongan antarabangsa untuk menamatkan kekejaman Israel di Wilayah Palestin Diduduki.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 12 negara termasuk Malaysia bersetuju laksana enam tindakan diplomatik, undang-undang dan ekonomi terhadap Israel, termasuk larangan pemindahan senjata dan pembiayaan projek berkait pendudukan.
- Langkah ini diperkuat menerusi pertemuan pakatan The Hague di Bogota, dengan matlamat menegakkan akauntabiliti, bidang kuasa sejagat dan mengajak negara lain sertai usaha menjelang UNGA 2025.
- Kesemua 30 negara peserta sepakat menuntut gencatan senjata segera, serta penamatan kekebalan undang-undang terhadap jenayah di Wilayah Palestin Diduduki.