Kumpulan pertama rakyat Malaysia dijangka berlepas dari Sana'a, ibu negara Yaman untuk pulang ke Malaysia hari ini, menurut Luar negeri dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, kerajaan memutuskan untuk membawa balik rakyat Malaysia yang terjejas di sana berikutan keadaan semasa di Yaman dan sebagai langkah berjaga-jaga.
Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri bersama-sama Kedutaan Malaysia di Sana'a sedang bekerjasama dalam menyelaras operasi berkenaan.
"Kerajaan melalui kedutaan, telah menyediakan tempat tinggal sementara kepada 449 rakyat Malaysia sejak 19 Sept. Kedutaan itu akan terus menyediakan bantuan kepada semua rakyat Malaysia dengan bantuan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA) sehingga mereka selamat pulang ke Malaysia," katanya.
Konflik terbaharu Yaman berlaku berikutan pertempuran antara pergerakan Syiah Houthi dan tentera kerajaan yang menyaksikan pemberontak berjaya menguasai beberpa institusi penting di ibu negara itu.
-
Sementara itu, kementerian juga menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya mengelak atau menangguhkan perjalanan ke Yaman kerana keadaan yang masih tidak menentu.
"Kementerian juga meminta kerjasama rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman untuk mendaftar dengan kedutaan jika mereka masih belum berbuat demikian, " katanya.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Yaman menerusi talian 009671429781 dan 009671429782 atau emel [email protected].
Menurut kenyataan itu, ketika kerajaan Malaysia menyambut baik perjanjian damai baru-baru ini, diharapkan semua pihak dapat menghormati perjanjian perkongsian dan perdamaian di Yaman yang ditandatangani pada 21 Sept serta bekerjasama ke arah kestabilan politik dan keamanan di negara itu.
Sementara itu, Bernama difahamkan rakyat Malaysia yang terlibat akan dibawa pulang menaiki pesawat domestik dari Yaman dengan transit di Jeddah dan Dubai sebelum tiba di Kuala Lumpur.
Bernama
Mon Oct 06 2014
Kerajaan memutuskan untuk membawa balik rakyat Malaysia yang terjejas di sana berikutan keadaan semasa di Yaman - Gambar Fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Budaya Sarapan di Malaysia diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.