DUNIA
Kuwait guna ‘air bridge’ salur bantuan ke Gaza
Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membeli bekalan bantuan daripada pasaran tempatan termasuk minyak, tepung dan keperluan asas lain. - Reuters
KUWAIT: Kuwait pada Isnin mengumumkan pelancaran "air bridge" bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza selepas kempen derma selama tiga hari yang dianjurkan kerajaan minggu lalu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Penolong Menteri Luar bagi Pembangunan dan Kerjasama Antarabangsa, Hamad Al-Meshaan berkata dana yang dikumpul akan digunakan untuk membeli bekalan bantuan daripada pasaran tempatan termasuk minyak, tepung dan keperluan asas lain.
Beliau berkata bekalan kemudiannya dihantar ke bandar El-Arish di Mesir menggunakan pesawat tentera sebelum diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir untuk diselaraskan dengan rakan sejawatnya dari Kuwait serta diagihkan kepada penduduk Gaza.
Al-Meshaan turut memaklumkan kemungkinan sebahagian bantuan akan dipindahkan ke Jordan bagi membolehkan tentera Jordan melakukan penghantaran bantuan melalui guguran udara ke Gaza.
Sebelum ini, Kementerian Luar Kuwait sekali lagi mengecam sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas wilayah terkepung itu, ketika kadar kebuluran dan kekurangan zat makanan bertambah buruk.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kuwait lancar air bridge bantuan ke Gaza: Selepas kempen derma selama tiga hari, Kuwait mulakan penghantaran bantuan menggunakan pesawat tentera ke El-Arish, Mesir, sebelum diagih ke Gaza melalui koordinasi bersama Bulan Sabit Merah.
- Bekalan asas dibeli dari pasaran tempatan: Dana yang dikumpul digunakan untuk membeli minyak, tepung dan keperluan penting lain bagi memenuhi keperluan penduduk Gaza.
- Kuwait kecam sekatan Israel: Kementerian Luar Kuwait kritik sekatan ke atas Gaza sambil mempertimbangkan penggunaan Jordan untuk penghantaran bantuan udara susulan keadaan kemanusiaan yang semakin buruk.