awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kyrgyzstan isytihar 19 Sept hari perkabungan negara susulan konflik di sempadan

Bernama
Bernama
19/09/2022
04:00 MYT
Kyrgyzstan isytihar 19 Sept hari perkabungan negara susulan konflik di sempadan
Sadyr Japarov menandatangani dekri mengisytiharkan 19 Sept sebagai hari perkabungan negara. - Foto fail/REUTERS
ANKARA: Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov pada Ahad menandatangani dekri untuk mengisytiharkan 19 Sept sebagai hari perkabungan negara, lapor Anadolu memetik agensi berita Kabar.
Pengisytiharan itu susulan konflik bersenjata yang tercetus di sempadan Kyrgyzstan-Tajikistan pada 14 hingga 17 Sept yang mengorbankan nyawa rakyat Kyrgyzstan.
Kementerian Luar Kyrgyzstan dalam satu kenyataan menyifatkan pertempuran di kawasan sempadan itu sebagai "pencerobohan bersenjata terancang" oleh pihak Tajikistan.
Berikutan pertempuran itu, kedua-dua pihak dilaporkan saling menuding jari.
Pada Ahad Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan mengumumkan jumlah korban akibat pertempuran kini mencecah 46 orang manakala 129 yang lain cedera.
Antara yang terbunuh, 34 orang membabitkan rakyat Kyrgyzstan, manakala 12 lagi warga Tajikistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kyrgyzstan
#Sadyr Japarov
#Hari Perkabungan Negara
#tandatangani dekri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan