awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Buruh Bergerak beroperasi tahun ini
Agong dipersembah taklimat perancangan Kementerian Perladangan dan Komoditi
Mek Mulung Afrot: Asmidar perkukuh misi pelestarian JKKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ladang Australia pantau tahap kecergasan ayam dengan 'FitChix'

Agensi
Agensi
09/03/2023
09:28 MYT
Ladang Australia pantau tahap kecergasan ayam dengan 'FitChix'
Fungsi 'FitChix' dilaporkan memiliki fungsi sama seperti jam tangan kecergasan yang popular masa kini.- Pexel
VICTORIA: Sebuah ladang Australia dilaporkan mula memantau langkah ayam di negara itu untuk memastikan orang ramai mengetahui ayam itu benar-benar bebas dari penyakit dan sihat.
Memetik 9News, kesemua ayam yang ditempatkan di Honest Eggs Co berhampiran Castlemaine di Victoria dilengkapi dengan penjejak 'FitChix' untuk mengira setiap langkah.
'FitChix' dilaporkan memiliki fungsi sama seperti jam tangan kecergasan yang popular masa kini.
Data menunjukkan ayam di ladang berjalan secara purata lebih 21,000 langkah dalam 12 jam, iaitu hampir tiga kali ganda lebih daripada purata rakyat Australia lakukan.
Honest Eggs juga dilaporkan mengamalkan penternakan telur regeneratif, dengan memastikan ayam dipindahkan ke padang rumput yang segar setiap minggu.
Pengasas bersama Paul Righetti berkata, data itu menjelaskan kepada pengguna tentang tahap aktif ternakan, serta membantu penternak memahami kelakuan ayam.
"Kami mahu mengubah industri penternakan telur menjadi lebih baik. Dulu terdapat beberapa kekeliruan mengenai industri," kata Righetti.
Tambahnya, dia mahu rakyat Australia sedar dengan kewujudan telur ladang regeneratif, mereka membeli telur ayam yang berbaloi dalam masa sama menyokong penjanaan semula jadi tanah pertanian.
Topic Berkaitan
#FitChix
#Australia
#ayam sihat
#Paul Righetti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan