GAZA: Sebuah konvoi 17 trak bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza pada hari Ahad (22 Oktober) ketika Israel meningkatkan serangan ke atas wilayah Palestin itu.
Dengan kebimbangan mengenai kemungkinan perang itu terus berlanjutan, Iran mendakwa, wilayah itu boleh "di luar kawalan" manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengingatkan Hezbollah Lubnan bahawa jika mereka terlibat, itu akan menjadi "kesilapan dalam hidup mereka."
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekitar 100 trak setiap hari diperlukan untuk memenuhi keperluan 2.4 juta penduduk Gaza yang dilanda “malapetaka.”
Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin memperingatkan bahawa bekalan bahan api akan habis dalam tiga hari.
"Tanpa bahan api, tidak akan ada bantuan kemanusiaan," kata Philippe Lazzarini seperti dilaporkan AFP.
Dalam perkembangan semasa, Israel telah mengumpulkan puluhan ribu tentera di sekitar wilayah tersebut untuk sasaran serangan darat.
Israel meningkatkan serangannya semalam dan membunuh "puluh-puluh pengganas" di sekitar bandar Gaza,termasuk Timbalan Komander Rangkaian Roket Hamas, kata jurucakap ketenteraan Daniel Hagari pada Ahad.
Hamas mendakwa, serangan semalam ke atas Semenanjung Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 80 orang dan merosakkan lebih daripada 30 buah rumah.
Di Deir al-Balah, tengah-tengah Gaza, seorang wartawan AFP melihat mayat kanak-kanak di lantai berdarah di sebuah bilik mayat.
Seorang lelaki memeluk anak kecil yang sudah meninggal dan orang ramai menangis semasa mengenal pasti mayat saudara-mara mereka. - Agensi
Agensi
Sun Oct 22 2023
Sukarelawan mengibarkan bendera Palestin dan Mesir sebaik melihat trak membawa bantuan kemanusiaan menyeberangi pintu sempadan di Rafah Mesir, pada Ahad. - Gambar AP
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.