DUNIA

Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar

Bernama 07/02/2026 | 07:00 MYT
Gempa bumi itu berlaku di Pulau Tanimbar pada 6.20 pagi (2120 GMT Jumaat) dengan kedalaman 27 kilometer. - Gambar/ MetMalaysia
ISTANBUL: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 magnitud melanda Kepulauan Tanimbar di wilayah Maluku, Indonesia pada awal pagi Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gempa bumi itu berlaku di Pulau Tanimbar pada 6.20 pagi (2120 GMT Jumaat) dengan kedalaman 27 kilometer, menurut USGS.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan.

Pada Jumaat, gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda perairan Pacitan, Jawa Timur jam 1.05 pagi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 orang cedera serta merosakkan banyak rumah di beberapa kawasan di Jawa Timur dan Yogyakarta.




#Indonesia #gempa bumi #Kepulauan Tanimbar #Maluku