Skip to main content

Dunia

Lagi gempa bumi landa Flores, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1547067900796852&set=a.228291302674525
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 melanda Rantau Flores, Indonesia pada hari ini. - Gambar/ MetMalaysia
Advertisement

KUALA LUMPUR: Satu lagi gempa bumi, diklasifikasikan sebagai sederhana bermagnitud 5.6 dikesan melanda Flores, Indonesia pada jam 2.51 petang Ahad.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 8.0 darjah Selatan dan 120.6 darjah timur, kira-kira 213 kilometer (km) ke timur dari Bima, Indonesia manakala gegaran berkenaan direkodkan pada kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan bahawa gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

"Pihak berkuasa akan terus memantau perkembangan seismik di rantau berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan.

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa bumi melalui saluran rasmi MetMalaysia," katanya.

Pada awal pagi Sabtu, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Flores menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang maut, dengan ratusan rumah dan kemudahan awam mengalami kerosakan.

Di Maumere, bandar utama di Kabupaten Sikka di Pulau Flores, beberapa bahagian sebuah bangunan di kawasan pelabuhan dilaporkan runtuh ke daratan dan laut selepas gegaran kuat melanda kawasan tersebut.

 

Must Watch Video

Advertisement