DUNIA

Lagi helikopter terhempas di kawasan pantai, kali ini ragut nyawa anggota polis

Astro Awani 20/02/2022 | 22:36 MYT
Seorang pegawai polis California terbunuh manakala seorang lagi cedera parah selepas helikopter dinaiki mereka terhempas berhampiran pantai di Orange County pada Sabtu malam. -Youtube CBS Los Angeles
ORANGE COUNTY: Seorang pegawai polis California terbunuh manakala seorang lagi cedera parah selepas helikopter dinaiki mereka terhempas berhampiran pantai di Orange County pada Sabtu malam.

Helikopter itu terhempas ke dalam air kira-kira jam 6.30 petang waktu tempatan di Pantai Newport ketika pengunjung memenuhi kawasan pantai, lapor New York Post.

Mangsa maut dikenali sebagai Nicholas Vella, 44, dari Jabatan Polis Huntington Beach.



“Kami mengesahkan bahawa helikopter polis, HB1, terhempas di kawasan Pantai Newport.

"Usaha menyelamat sedang dijalankan dan lebih banyak maklumat akan diberikan apabila tersedia,” tulis Jabatan Polis Huntington Beach di Twitter.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mangsa yang cedera pula dilaporkan dalam keadaan stabil di pusat trauma, kata Ketua Polis Eric Parra pada sidang media pada Sabtu malam.

YouTube/CBS Los Angeles


Difahamkan mangsa cedera yang namanya didedahkan itu telahpun dibenarkan pulang tidak lama kemudian.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian melibatkan helikopter milik Jabatan Polis Huntington Beach itu.

YouTube/CBS Los Angeles


Kejadian ini menyusul beberapa jam selepas sebuah lagi helikopter juga terhempas di pantai Miami Beach di Florida pada Jumaat di hadapan ratusan pengunjung.

BACA: Helikopter terhempas berhampiran pantai dipenuhi pengunjung

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam nahas tersebut.



#helipkopter terhempas #Nicholas Vella #Pantai Newport #Jabatan Polis Huntington Beach