DUNIA
Lagi insiden kren runtuh di Thailand, dua maut di Samut Sakhon
Insiden berlaku pada waktu pagi di tapak pembinaan Lebuhraya Rama II apabila struktur kren itu tumbang lalu menghempap dua kenderaan di laluan bawahnya. -Foto Reuters
BANGKOK: Thailand sekali lagi digemparkan dengan insiden pembinaan apabila sebuah kren yang digunakan dalam projek lebuh raya bertingkat runtuh di Samut Sakhon, pinggir Bangkok, pada Khamis, mengorbankan dua individu dan mencederakan sekurang-kurangnya lima yang lain.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Insiden berlaku pada waktu pagi di tapak pembinaan Lebuhraya Rama II apabila struktur kren itu tumbang lalu menghempap dua kenderaan di laluan bawah.
Menurut Ketua Polis Daerah Samut Sakhon, Kolonel Sitthiporn Kasi, pasukan keselamatan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.
Kren tersebut dilaporkan sebahagian daripada kerja pembinaan lebuh raya bertingkat yang sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa insiden kemalangan maut.
Nahas ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek pembinaan di negara itu, khususnya selepas insiden pada Rabu di Nakhon Ratchasima apabila sebuah kren projek kereta api laju tumbang dan menimpa tren penumpang.
Kejadian tersebut meragut 32 nyawa dan mencederakan 66 lagi, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pihak berkuasa untuk memperketatkan pemantauan keselamatan di tapak projek infrastruktur berskala besar.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kren runtuh dalam projek lebuh raya bertingkat di Samut Sakhon, Thailand, mengakibatkan dua individu terkorban dan lima cedera.
- Insiden berlaku di Lebuhraya Rama II ketika kren tumbang dan menghempap dua kenderaan di bawahnya.
- Kebimbangan keselamatan meningkat di negara itu berikutan insiden ini serta kemalangan maut sebelumnya di Nakhon Ratchasima yang meragut 32 nyawa.
Insiden berlaku pada waktu pagi di tapak pembinaan Lebuhraya Rama II apabila struktur kren itu tumbang lalu menghempap dua kenderaan di laluan bawah.
Menurut Ketua Polis Daerah Samut Sakhon, Kolonel Sitthiporn Kasi, pasukan keselamatan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.
Kren tersebut dilaporkan sebahagian daripada kerja pembinaan lebuh raya bertingkat yang sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa insiden kemalangan maut.
Nahas ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek pembinaan di negara itu, khususnya selepas insiden pada Rabu di Nakhon Ratchasima apabila sebuah kren projek kereta api laju tumbang dan menimpa tren penumpang.
Kejadian tersebut meragut 32 nyawa dan mencederakan 66 lagi, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pihak berkuasa untuk memperketatkan pemantauan keselamatan di tapak projek infrastruktur berskala besar.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menyebabkan insiden runtuhan kren di Samut Sakhon, Thailand?
A: Kren runtuh ketika digunakan dalam projek pembinaan lebuh raya bertingkat di Lebuhraya Rama II, mengorbankan dua individu dan mencederakan sekurang-kurangnya lima orang. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pasukan keselamatan selepas insiden berlaku?
A: Pasukan keselamatan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan tentang runtuhan kren di Samut Sakhon. - Q: Adakah projek lebuh raya bertingkat di Thailand sebelum ini turut dikaitkan dengan insiden kemalangan maut?
A: Ya, struktur kren yang runtuh di Samut Sakhon adalah sebahagian daripada projek lebuh raya bertingkat yang sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa insiden kemalangan maut. - Q: Berapa jumlah nyawa yang terkorban dalam insiden kren projek kereta api laju di Nakhon Ratchasima?
A: Insiden kren projek kereta api laju di Nakhon Ratchasima meragut 32 nyawa dan mencederakan 66 orang lain. - Q: Apakah kesan insiden terkini terhadap tekanan terhadap pihak berkuasa berkenaan pemantauan keselamatan di projek infrastruktur berskala besar di Thailand?
A: Insiden tersebut meningkatkan tekanan terhadap pihak berkuasa untuk memperketatkan pemantauan keselamatan di tapak projek infrastruktur berskala besar di Thailand.