DUNIA
Lagi kes tembakan di Amerika Syarikat, enam maut di Mississippi
Seorang suspek telah ditahan dan pihak berkuasa mengesahkan tiada lagi ancaman terhadap komuniti. - Gambar/ Agensi
NEW YORK: Enam maut dalam siri insiden tembakan berkaitan di negeri Mississippi, Amerika Syarikat (AS) pada lewat malam Jumaat manakala seorang suspek telah ditahan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Syerif Clay County Eddie Scott dalam satu hantaran di Facebook berkata "beberapa nyawa individu tidak bersalah" terkorban "akibat keganasan" di bandar West Point, berhampiran sempadan negeri dengan Alabama.
Beliau memberitahu media tempatan bahawa enam individu maut di tiga lokasi berasingan.
Seorang suspek telah ditahan dan tiada lagi ancaman terhadap komuniti, tulis beliau di Facebook.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Enam individu maut dalam insiden tembakan di Mississippi; suspek telah ditahan.
- Syerif Clay County nyatakan beberapa nyawa tidak bersalah terkorban di West Point.
- Tiada ancaman lanjut terhadap komuniti selepas suspek ditahan - pihak berkuasa.