awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi petugas media asing terkorban di Ukraine

Sinar Harian
Sinar Harian
15/03/2022
22:45 MYT
Lagi petugas media asing terkorban di Ukraine
Zakrzewski (kiri) pernah membuat liputan tentang konflik antarabangsa termasuk di Iraq, Afghanistan dan Syria. - Foto Agensi
KIEV: Seorang jurukamera Fox News menjadi petugas media asing kedua terkorban dalam insiden serangan di luar Kiev, menurut rangkaian berita berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Fox News Media, Suzanne Scott mengesahkan kematian Pierre Zakrzewski manakala rakannya, Benjamin Hall cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dibedil di Horenka ketika kejadian pada Isnin.
Menurutnya, Hall yang merupakan warga Britain masih dirawat di hospital Ukraine.
"Zakrzewski ialah jurugambar zon perang yang pernah membuat liputan tentang konflik antarabangsa termasuk di Iraq, Afghanistan dan Syria.
"Bakat dan minatnya yang mendalam sebagai wartawan tiada tandingan," ujarnya.
Difahamkan, mangsa yang berpusat di London telah dihantar untuk bertugas di Ukraine sejak bulan lalu.
Pada Ahad lalu, seorang wartawan AS juga maut ditembak manakala seorang lagi jurugambar cedera dalam kejadian pertempuran di Irpin, pinggir Kiev selepas Moscow memperhebatkan serangan mereka.
Mangsa merupakan pembikin video dokumentari tentang isu pelarian global untuk Time Studios yang dikenali sebagai Brent Renaud, 50.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#petugas media
#Pierre Zakrzewski
#Ukraine
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan