Lamar Johnson bebas sabitan bunuh selepas 28 tahun dalam penjara

Astro Awani
Februari 19, 2023 02:00 MYT
Lamar Johnson, 50, bebas sabitan kesalahan membunuh Marcus Boyd pada tahun 1994. -AP
JEFFERSON CITY: Seorang lelaki Amerika Syarikat yang dipenjara hampir 28 tahun atas tuduhan membunuh akhirnya dibebaskan apabila sabitan ke atasnya dibatalkan oleh Mahkamah Missouri.
Lamar Johnson, 50, dijatuhi hukuman atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya, akhirnya melangkah keluar dari Mahkamah St Louis selepas keputusan dibacakan Hakim David Mason.
Hakim berkata Johnson dibebaskan selepas dua saksi memberikan bukti yang jelas dan meyakinkan bahawa dia tidak bersalah.
Johnson telah disabitkan kesalahan membunuh Marcus Boyd pada tahun 1994.
Johnson kelihatan terharu apabila keputusan itu diumumkan manakala penyokongnya mula bersorak dan bertepuk tangan.
Tahun lepas, peguam Kim Gardner memfailkan usul memohon pembebasan Johnson selepas menjalankan siasatan bersama dengan pertubuhan undang-undang Innocence Project.
Pasukan peguam Johnson mengkritik Pejabat Peguam Negara yang secara paksa memenjarakan Johnson.
#Lamar johnson #Mahkamah Missouri #David Mason #dipenjara 28 tahun