DUNIA

Lambang negara baharu bukti Syria tidak terima sebarang perpecahan - Presiden

Agensi 04/07/2025 | 01:40 MYT
Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa menegaskan kepentingan lambang negara baharu melambangkan Syria tidak menerima sebarang bentuk perpecahan di negara itu. - Gambar Reuters
DAMASCUS: Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa menegaskan, kepentingan lambang negara baharu melambangkan Syria tidak menerima sebarang bentuk perpecahan di negara itu.

Al-Sharaa semasa majlis pelancaran yang diadakan di Istana Presiden di Damsyik pada Khamis berkata, Syria akan kekal bersatu dan kepelbagaian budaya serta etniknya merupakan kekayaan negara itu.

"Lambang identiti yang kita lancarkan hari ini melambangkan Syria yang tidak menerima perpecahan atau pembahagian.

"Dari utara ke selatan dan dari timur ke barat, Syria kekal bersatu dan kepelbagaian budaya serta etniknya adalah satu kekayaan, bukan punca perpecahan atau konflik," kata Sharaa dalam ucapannya.

Lambang baharu tersebut memaparkan seekor burung spesis Helang Tiram atau osprey dengan 14 helai bulu yang mewakili 14 bandar utama Syria serta tiga bintang di atas kepalanya.

Dalam pada itu, rakyat Syria menyambut baik rekaan baharu itu di perhimpunan di dataran-dataran utama di pelbagai bandar sambil menyatakan lambang tersebut mencerminkan era baharu negara yang telah menyingkirkan rejim bekas Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan pembebas Syria telah mengambil alih pemerintahan Syria pada Disember 2024, menamatkan lebih enam dekad pemerintahan rejim Bashar al-Assad.






#Bashar al-Assad #Syria #Ahmed Al-Sharaa #Osprey