Skip to main content

Dunia

AS lancar serangan ketiga ke atas Iran minggu ini

Sumber: BERNAMA
Menurut CENTCOM, kapal berkenaan tidak dapat meneruskan perjalanan selepas mengalami kebakaran di atas kapal serta kerosakan serius pada bahagian enjin. - Gambar/ Bernama
Advertisement

TENTERA Amerika Syarikat melancarkan serangan pusingan ketiga ke atas Iran minggu ini selepas mendakwa pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyerang sebuah kapal kontena berbendera Cyprus yang melalui Selat Hormuz.

Pusat Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) dalam kenyataan di platform X memaklumkan, serangan itu diarahkan oleh Presiden Donald Trump sebagai tindak balas terhadap serangan terhadap kapal M/V GFS Galaxy yang menyebabkan seorang kru awam hilang.

Menurut CENTCOM, kapal berkenaan tidak dapat meneruskan perjalanan selepas mengalami kebakaran di atas kapal serta kerosakan serius pada bahagian enjin.

Amerika Syarikat mendakwa Iran sebelum ini telah diberi peluang untuk mematuhi memorandum persefahaman berkaitan keselamatan laluan komersial, namun gagal berbuat demikian.

CENTCOM berkata tindakan ketenteraan itu bertujuan melemahkan keupayaan Iran daripada terus menyerang pelaut awam dan kapal perdagangan yang melalui Selat Hormuz.

Ketegangan di Selat Hormuz menjadi perhatian dunia memandangkan laluan strategik itu merupakan antara laluan utama perdagangan tenaga global, dengan sejumlah besar bekalan minyak dunia melalui kawasan berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement