awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir

Bernama
Bernama
23/02/2025
20:30 MYT
Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Pakistan pada masa ini mempunyai 142 saluran televisyen satelit, termasuk 40 saluran khusus untuk berita dan hal ehwal semasa, mencerminkan kepesatan landskap media di negara ini. - Gambar fail
ISLAMABAD: Industri penyiaran Pakistan terus berdepan cabaran getir, terutamanya penyebaran berita palsu, ucapan kebencian, maklumat salah dan maklumat palsu.
Ketua Pengarah Eksekutif Operasi Media Penyiaran Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (PEMRA) Muhammad Tahir berkata untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.
Walaupun penyiar di Pakistan menikmati kebebasan, Muhammad berkata penyiar masih perlu mematuhi etika kewartawanan dengan memastikan liputan yang adil dan mematuhi tatakelakuan ditetapkan.
"Kami menekankan bahawa semua berita atau maklumat yang disiarkan mesti ditentusahkan dengan teliti. Jika topik sensitif dibincangkan, semua pihak yang berkaitan wajar diberi peluang untuk mengemukakan pandangan.
"Perlembagaan Pakistan menjamin kebebasan bersuara, tetapi terdapat sekatan tertentu untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara, sama seperti peraturan di kebanyakan negara lain," katanya kepada Bernama baru-baru ini, semasa Program Pertukaran Media/Wartawan ASEAN-Pakistan di sini.
Muhammad berkata Pakistan pada masa ini mempunyai 142 saluran televisyen satelit, termasuk 40 saluran khusus untuk berita dan hal ehwal semasa, mencerminkan kepesatan landskap media di negara ini.
Beliau berkata PEMRA mengamalkan pendekatan peraturan kendiri, menggalakkan penyiar untuk menilai kandungan sebelum disiarkan.
"PEMRA bukan badan reaksioner. Kami menggesa pemegang lesen untuk memastikan pematuhan tatakelakuan melalui jawatankuasa dalaman mereka.
"Untuk pertikaian kandungan, PEMRA mengikut proses aduan berstruktur yang memberikan pihak pengadu dan penyiar peluang mengemukakan hujah mereka sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.
Beliau berkata PEMRA juga memastikan proses pendengaran yang adil sebelum mengambil sebarang tindakan sekali gus memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti dalam industri media.
"Seiring perkembangan sektor media di Pakistan, cabaran utama yang dihadapi adalah untuk menyeimbangkan antara kebebasan akhbar dan etika kewartawanan," katanya.
Program Pertukaran Media ASEAN-Pakistan yang diadakan dari 17 hingga 22 Feb itu anjuran Kementerian Penerangan dan Penyiaran Pakistan dengan sokongan Sekretariat ASEAN.
Inisiatif itu menghimpunkan 23 wartawan dari negara anggota ASEAN dan Timor-Leste untuk memupuk kerjasama media serta memperkukuh hubungan serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri penyiaran
#etika kewartawanan
#Pakistan
#PEMRA
#media pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan