awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah keselamatan ketat dilaksana untuk pengebumian Ismail Haniyeh di Doha

Bernama
Bernama
02/08/2024
15:06 MYT
Langkah keselamatan ketat dilaksana untuk pengebumian Ismail Haniyeh di Doha
Kawasan sekitar masjid juga menyaksikan kehadiran ketara wartawan dari media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan pengebumian itu. - Reuters
DOHA: Pihak berkuasa Qatar melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang ketat pada Jumaat untuk memastikan keselamatan prosiding pengebumian Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas, yang dibunuh di ibu kota Iran, Tehran.
Barisan panjang dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha pada waktu malam ketika orang ramai mula berkumpul untuk menghadiri pengebumian itu yang akan dihadiri oleh pemimpin dan pegawai dari banyak negara, lapor Agensi Anadolu.
Beberapa jalan utama dan jalan samping di Doha telah ditutup kepada lalu lintas, dengan polis melaksanakan langkah keselamatan yang ketat, terutamanya di sekitar Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab, di mana solat jenazah akan diadakan selepas solat Jumaat, menurut seorang wartawan Anadolu.
Kawasan sekitar masjid juga menyaksikan kehadiran ketara wartawan dari media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan pengebumian itu.
Haniyeh dibunuh pada Rabu di ibu kota Iran. Walaupun Hamas dan Iran menyalahkan Israel atas pembunuhan itu, Tel Aviv tidak mengesahkan atau menafikan tanggungjawabnya.
Pembunuhan itu berlaku sehari selepas Komander Hizbullah, Fuad Shukr dibunuh dalam serangan udara Israel di pinggir bandar selatan Beirut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengebumian
#Ismail Haniyeh
#Doha
#kawalan keselamatan
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan