Lanun MT Orkim Harmony ditemui bawa wang tunai, telefon bimbit

AFP
Jun 21, 2015 06:32 MYT
Suspek tidak dapat menjelaskan asal-usul mata wang asing dalam jumlah yang besar dan puluhan telefon yang ditemui bersama mereka.
Lapan lelaki yang ditahan di Vietnam kerana disyaki merampas kapal tangki MT Orkim Harmony milik syarikat Malaysia ditemui membawa sejumlah besar wang tunai dan puluhan telefon bimbit ketika diberkas, lapor media tempatan pada Ahad.
Kumpulan perampas dipercayai warga Indonesia itu ditahan pada Jumaat selepas bot mereka yang didakwa terlibat kemalangan ditarik pihak berkuasa Vietnam ke barat daya pulau Tho Chu.
FOTO GALERI: Kapal MT Orkim Harmony selamat pulang
Pihak berkuasa Malaysia pada hari yang sama berkata lapan orang yang merampas MT Orkim Harmony seminggu sebelum ini telah berjaya melarikan diri di dalam bot penyelamat di dalam gelap.
Kapal berkenaan adalah sasaran terbaharu para lanun yang semakin berani membuat rampasan laut di Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun.
Mereka biasanya mensasarkan kapal tangki yang lebih kecil yang membawa petrol berharga, diesel dan minyak gas.
BACA: Malaysia mohon lapan suspek rampas MT Orkim Harmony diekstradisi - Ahmad Zahid
BACA: Lapan warga Indonesia yang ditahan Vietnam disahkan dalang rampasan
BACA: Perampas MT Orkim Harmony cuba lari, belayar ke Pulau Natuna, Indonesia
VNEXpress Sunday melaporkan lapan suspek berkenaan – berusia di antara 19 dan 61 tahun – boleh bercakap dalam bahasa Indonesia dan “tidak dapat menjelaskan asal-usul wang mata asing dalam jumlah yang besar serta puluhan telefon bimbit yang ditemui bersama mereka.”
“Suspek sangat keras kepala, enggan bekerjasama. Mereka profesional dan sangat tenang,” kata Leftenan Do Van Toan daripada polis marin Vietnam.
Seorang lagi pegawai polis marin, Kolonel Le Van Minh berkata penyiasat "mempunyai alasan yang cukup untuk mendakwa kelapan-lapan suspek."
BACA: Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan
BACA: Kru selamat, rundingan dengan perampas sedang dijalankan
BACA: Anak kapal warga Indonesia ditembak kerana melawan
"Vietnam sedang bekerjasama secara aktif dengan Malaysia dalam kes itu. Namun, sekarang ini adalah bagaimana untuk membuat mereka mengakui kesalahan mereka," katanya.
MT Orkim Harmony, yang membawa sekitar 6,000 tan petrol bernilai kira-kira AS$5.6 juta, dilaporkan hilang pada 11 Jun ketika belayar dari pantai barat Malaysia ke pelabuhan Kuantan di pantai timur.
#Indonesia #lanun #Malaysia #MT Orkim Harmony #Vietnam