awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laos siap sedia jadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2024

Bernama
Bernama
15/05/2023
21:02 MYT
Laos siap sedia jadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2024
Laos sebelum ini menjadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN pada 2004 dan 2013. - Gambar fail
VIENTIANE: Pihak berkuasa pelancongan Laos sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN pada 2024 yang akan berlangsung di Vientiane dari 22 hingga 27 Jan, bertemakan "Pelancongan Berkualiti dan Bertanggungjawab - Mengekalkan Masa Depan ASEAN".
Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan, Suanesavanh Vignaket, telah mengadakan perbincangan mengenai persiapan untuk forum itu pada Jumaat lalu, lapor Xinhua, memetik laporan Agensi Berita Lao pada Ahad.
Suanesavanh berkata forum itu akan merangkumi pameran pelancongan dan berfungsi untuk menggalakkan pelancongan dan peningkatan perkhidmatan dalam perniagaan yang berkaitan
Laos sebelum ini menjadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN pada 2004 dan 2013.
Kerajaan Laos mempromosikan potensi negara itu sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi.
Dalam tiga bulan pertama 2023, lebih 831,000 pelancong asing datang ke Laos, berbanding hanya 211,898 pelawat luar negara dalam tempoh enam bulan pertama 2022 semasa pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suanesavanh Vignaket
#Forum Pelancongan ASEAN 2024
#laos
#pelancongan ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan