[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
INTERNATIONAL

Lapan dikhuatiri mati tertimbus dalam kejadian salji runtuh di Jepun

Agensi 27/03/2017 | 10:07 MYT
Kejadian berlaku berhampiran lereng sukan luncur salji di Nasu, 160 kilometer ke utara Tokyo dimana ketika itu 52 murid sekolah menengah dan 11 guru sedang mendaki gunung berkenaan. - Foto Kyodo/via REUTERS
Lapan dikhuatiri mati tertimbus dalam insiden salji runtuh membabitkan sekumpulan pelajar dan guru di tengah Jepun hari ini.
Dua yang lain turut dilaporkan cedera parah.
Kejadian berlaku berhampiran lereng gunung di kawasan luncur salji di Nasu, 160 kilometer ke utara Tokyo dimana ketika itu 52 murid sekolah menengah dan 11 guru sedang mendaki gunung berkenaan, lapor jurucakap kerajaan.
Lapan yang tertimbus itu gagal dikesan.
Di Jepun, pihak berkuasa negara itu tidak mengisytiharkan sesuatu kematian sehingga doktor membuat pengumuman rasmi.
#Jepun #mati tertimbus #nasu #salji runtuh