Lapan jemaah Pakistan maut dalam kebakaran hotel di Mekah

Bernama
Mei 20, 2023 11:17 MYT
Kebakaran itu berlaku di tingkat tiga hotel yang terletak di Jalan Ibrahim Al Khalil. - Sinar Harian
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan jemaah umrah dari Pakistan terbunuh dalam kebakaran hotel di Mekah.
"Kami menerima laporan mengenai lapan kematian dan enam lagi warga Pakistan cedera dalam kejadian itu. Kedutaan kami di Jeddah sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan keluarga mereka," lapor Associated Press of Pakistan (APP) memetik jurucakap kementerian luar pada Jumaat.
Menurut laporan media Pakistan pada Sabtu, mangsa berasal dari wilayah Punjab.
Kebakaran itu berlaku di tingkat tiga hotel yang terletak di Jalan Ibrahim Al Khalil.
Jemaah dari negara lain turut menginap di hotel itu.
-- BERNAMA
#jemaah pakistan #hotel terbakar #Mekah #jemaah umrah