DUNIA

Lapan mangsa terperangkap di udara pada malam ambang tahun baharu

Astro Awani 02/01/2019 | 00:12 MYT
Pihak bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan khidmat helikopter bagi menyelamatkan kesemua mangsa. - Foto Le Parisien
Lapan termasuk lima remaja terperangkap di udara selepas alat permainan di sebuah taman tema tidak berfungsi pada malam sambutan tahun baharu 2019.

Kejadian yang berlaku di bandar Rennes barat Perancis itu menyaksikan kesemua mangsa terperangkap pada ketinggian 52 meter.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam menjelang tahun baharu.

Susulan kejadian, pihak bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan khidmat helikopter bagi tujuan menyelamatkan kesemua mangsa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kesemua mereka berjaya diturunkan pada awal pagi Selasa.




#Perancis #Rennes #tahun baharu #Taman Tema #terperangkap