awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan maut, 51 lagi anak kapal hilang di Kalimantan Barat

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
16/07/2021
09:45 MYT
Lapan maut, 51 lagi anak kapal hilang di Kalimantan Barat
Operasi pencarian kini diperluas sehingga 492 batu nautika dan dibahagikan kepada dua sektor, selain melakukan pencarian dari udara. - Foto Astro AWANI
Kalimantan: Lapan anak kapal disahkan maut manakala 51 lagi masih hilang selepas 14 buah kapal karam ekoran cuaca buruk di perairan Kalimantan Barat sejak Selasa lalu.
Ketua Seksyen Operasi dan Pejabat Mencari dan Menyelamat Pontianak Eryk Subarianto berkata, enam mayat ditemui semalam manakala dua lagi ditemui pagi Jumaat.
Menurutnya, laporan awal mendapati insiden yang berlaku di tiga pelabuhan itu melibatkan 14 kapal dan 136 anak kapal.
‘’Untuk kawasan operasi SAR akan dilaksanakan selama tujuh hari.
‘’Tapi ingat situasi dalam tujuh hari jika ada sebarang petunjuk untuk menemukan mangsa, operasi akan diperluaskan melibatkan semua agensi yang terlibat dalam misi ini,” katanya ketika dihubungi AWANI Borneo pada Jumaat.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan bermula Rabu telah menyelamatkan 80 anak kapal.
Kesemua kapal tersebut dilaporkan tenggelam di Kabupaten Sambas, Kabupaten Kubu Raya dan Perairan Muara Jungkat, Kabupaten Mempawah.
Tambah Eryk pencarian kini diperluas sehingga 492 batu nautika dan dibahagikan kepada dua sektor, selain melakukan pencarian dari udara.
Topic Berkaitan
#Kalimantan Barat
#SAR di Kalimantan
#Kabupaten Sambas
#Kabupaten Kubu Raya
#Eryk Subarianto
#kapal karam Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan