awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India

Bernama
Bernama
27/01/2026
15:46 MYT
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya lapan maut manakala beberapa orang lagi dilaporkan hilang dalam kebakaran besar dua gudang bersebelahan di negeri Bengal Barat, timur India. - Gambar fail/hiasan/pixabay
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan maut manakala beberapa orang lagi dilaporkan hilang dalam kebakaran besar dua gudang bersebelahan di negeri Bengal Barat, timur India, lapor Xinhua memetik polis pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya lapan maut dan beberapa lagi hilang dalam kebakaran besar di dua gudang bersebelahan di Bengal Barat, India Timur.
  • Kebakaran berlaku di gudang di Najirabad, Anandapur, Daerah South 24 Parganas, kira-kira 12 kilometer dari Kolkata.
  • Mangsa dipercayai pekerja gudang tersebut; punca kebakaran masih belum diketahui.

Kebakaran tercetus pada awal pagi Isnin di sebuah gudang yang terletak di kawasan Najirabad, Anandapur, Daerah South 24 Parganas, kira-kira 12 kilometer ke selatan Kolkata, ibu negeri Bengal Barat.
"Setakat ini, lapan orang disahkan maut dalam kebakaran dan beberapa yang lain masih hilang, menurut ahli keluarga mereka," kata seorang pegawai polis. "Kebakaran berjaya dikawal dan anggota bomba kini berusaha memadamkan api yang masih menyala."
Mangsa dipercayai pekerja di dua gudang itu.
Pegawai polis itu berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di gudang yang musnah itu, sambil menjelaskan yang 15 jentera bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran.
Punca kebakaran masih belum diketahui. Bagaimanapun, pegawai jabatan bomba mengesyaki litar pintas mungkin menjadi punca kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran gudang
#Bengal Barat
#India
#Najirabad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan