awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan maut dalam kejadian tanah runtuh di Colombia

Bernama
Bernama
25/06/2025
03:00 MYT
Lapan maut dalam kejadian tanah runtuh di Colombia
Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa yang hilang. - Foto X/@Yobanygf
BOGOTA: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi Selasa di daerah Bello, wilayah Antioquia di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
"Dengan penuh dukacita, saya memaklumkan bahawa sekitar 3.25 pagi tadi, satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Granizal.
"Setakat ini, kami mengesahkan lapan kematian dan lima kecederaan," kata Datuk Bandar Lorena Gonzalez.
Beliau berkata tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai La Negra yang turut menjejaskan 10 buah rumah di kejiranan El Pinar.
Gabenor Antioquia, Andres Julian memaklumkan bahawa semua sumber jabatan telah digerakkan bagi menangani situasi kecemasan itu.
Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa yang hilang, sementara penduduk tempatan mula berpindah dan mencari perlindungan di kem sementara berikutan risiko kejadian berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Sungai La Negra
#usaha menyelamat
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan