awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan terbunuh rusuhan pekerja di kilang simen

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2022
01:45 MYT
Lapan terbunuh rusuhan pekerja di kilang simen
Media tempatan berkata pertembungan itu ada kaitan dengan pertikaian kepimpinan yang berlarutan lama dalam koperasi pekerja itu. - Gambar hiasan
HIDALGO: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan 11 cedera dalam rusuhan kumpulan pekerja yang bertempur di kilang simen di Hidalgo, Mexico tengah.
Rusuhan maut berkenaan melibatkan kumpulan koperasi pekerja dari dua kilang simen dipercayai berpunca daripada pertikaian yang sudah tercetus hampir sedekad sehingga menyebabkan keganasan.
Gabenor Hidalgo, Omar Fayad dalam catatan di akaun Twitter miliknya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku di kilang simen Cruz Azul.
Sembilan suspek telah ditahan dalam pertempuran itu.
Agensi Keselamatan Awam Negeri Hidalgo berkata dalam satu kenyataan bahawa panggilan kecemasan diterima dari loji itu kira-kira 95 kilometer di utara Mexico City.
Banyak kemudahan kilang dan kenderaan musnah.
Pihak berkuasa telah mengenal pasti mereka yang terlibat sebagai dua kumpulan berkenaan.
Bagaimanapun media tempatan berkata pertembungan itu ada kaitan dengan pertikaian kepimpinan yang berlarutan lama dalam koperasi pekerja itu.
Topic Berkaitan
#rusuhan
#kilang simen
#Pekerja
#keganasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan