Skip to main content

Dunia

Lapangan terbang Arab Saudi persiap terima jemaah haji musim 1447H

61739809710_kaabahhajiarabs.jpg
Pelan itu turut merangkumi perkhidmatan khusus bagi memudahkan perjalanan, seperti perkhidmatan “Haji Tanpa Bagasi” yang membolehkan daftar masuk bagasi dilakukan dari tempat penginapan, serta penghantaran awal botol air zamzam bagi mengurangkan beban perjalanan. - Gambar hiasan

Lapangan terbang Arab Saudi menyelesaikan persiapan untuk menerima jemaah haji bagi musim haji 1447H menerusi pelan bersepadu bagi memudahkan perjalanan mereka dari ketibaan hingga berlepas, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Persiapan itu melibatkan enam lapangan terbang antarabangsa utama yang ditetapkan oleh MATARAT Holding, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz di Madinah, Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Lapangan Terbang Antarabangsa Taif dan Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Abdulmohsin bin Abdulaziz di Yanbu.

Advertisement

Pelan itu merangkumi 13 terminal khas untuk jemaah haji serta lebih 22,000 petugas lelaki dan wanita bagi memastikan kelancaran prosedur dan pergerakan di lapangan terbang.

Ia turut merangkumi perkhidmatan khusus bagi memudahkan perjalanan, seperti perkhidmatan “Haji Tanpa Bagasi” yang membolehkan daftar masuk bagasi dilakukan dari tempat penginapan, serta penghantaran awal botol air zamzam bagi mengurangkan beban perjalanan.

-- BERNAMA-SPA

Must Watch Video