[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

Lapangan Terbang Baghdad terus saksikan serangan roket

Bernama 02/02/2022 | 11:22 MYT
Pada Jumaat, enam roket disasarkan di perkarangan lapangan terbang, menyebabkan kerosakan pada dua pesawat awam. - Gambar fail/baghdad-airport.com
BAGHDAD: Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad terus menyaksikan serangan menggunakan roket pada Rabu, menurut seorang anggota keselamatan tempatan.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan akibat serangan itu, dan tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pegawai itu.

Serangan pada Rabu merupakan serangan kedua dalam tempoh lima hari.

Pada Jumaat, enam roket disasarkan di perkarangan lapangan terbang, menyebabkan kerosakan pada dua pesawat awam.-- BERNAMA
#Baghdad #serangan roket #lapangan terbang Baghdad #Iraq