Skip to main content

Dunia

Lapangan terbang Florida bakal dijenamakan sempena nama Donald J. Trump

www.pbia.org
Palm Beach International Airport bakal dijenamakan sempena nama Donald J. Trump. -Foto PBIA

FLORIDA: Badan perundangan negeri Florida meluluskan rang undang‑undang untuk menamakan semula Palm Beach International Airport sebagai “President Donald J. Trump International Airport”, sekali gus membuka jalan kepada proses penjenamaan semula lapangan terbang yang terletak hanya beberapa minit dari kediaman Trump di Mar‑a‑Lago.

Rang undang‑undang tersebut, yang diluluskan Senat Florida dengan undian 25–11 selepas Dewan meluluskan usul sama 81–30, kini menunggu tandatangan Gabenor Ron DeSantis untuk dimuktamadkan.

Advertisement

Rekod negeri menunjukkan lapangan terbang itu akan dinamakan semula sebaik mendapat kelulusan rasmi.

Selain kelulusan negeri, penjenamaan semula lapangan terbang berkenaan turut tertakluk kepada kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Sekiranya disahkan, ia akan menjadi antara institusi terbaharu dinamakan sempena Presiden Amerika Syarikat tersebut.

Sementara itu, laporan turut mendedahkan bahawa syarikat Trump terlebih dahulu memfailkan beberapa permohonan tanda dagang (trademark) termasuk “President Donald J. Trump International Airport”, “Donald J. Trump International Airport” dan “DJT” — satu langkah yang disifatkan sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini untuk seorang Presiden yang masih memegang jawatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Trump sebelum ini berjaya menamakan semula Kennedy Center sebagai Trump‑Kennedy Center selepas kelulusan lembaga pada Disember, namun percubaannya untuk menamakan Penn Station di New York dan Lapangan Terbang Dulles di Washington sempena namanya telah ditolak.

Selain itu, Perbendaharaan AS turut mengesahkan draf syiling peringatan AS$1 yang memaparkan imej Trump sedang disediakan.

Must Watch Video