Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

Lapangan Terbang Heathrow ditutup susulan kebakaran

Agensi 21/03/2025 | 06:50 MYT
Lapangan Terbang Heathrow di United Kingdom terpaksa ditutup selepas kebakaran berlaku di sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan tenaga ke kemudahan itu.- Reuters
LONDON: Lapangan Terbang Heathrow di United Kingdom terpaksa ditutup selepas berlaku kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan tenaga ke kemudahan itu.


Ringkasan AI
  • Lapangan Terbang Heathrow terpaksa ditutup sehingga 11.59 malam pada 21 Mac kerana kebakaran di stesen janakuasa elektrik yang menyebabkan gangguan bekalan kuasa.
  • Penutupan ini dijangka menyebabkan gangguan besar terhadap jadual penerbangan dan perjalanan penumpang.
  • Jabatan Bomba London mengerahkan sekitar 70 anggota bomba untuk memadam kebakaran di lokasi tersebut.


Dalam kenyataan di platform X, pihak pengurusan Heathrow memaklumkan bahawa penutupan akan dikuat kuasa sehingga 11.59 malam (waktu tempatan) 21 Mac demi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak ke lapangan terbang dan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat lanjut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pihak pengurusan lapangan terbang turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Heathrow adalah antara lapangan terbang paling sibuk di dunia, mengendalikan jutaan penumpang setiap tahun.

Penutupan itu dijangka menyebabkan gangguan besar terhadap jadual penerbangan serta perjalanan penumpang.

Sementara itu, Jabatan Bomba London memaklumkan sekitar 70 anggota bomba diarahkan ke lokasi untuk memadam kebakaran di lokasi yang terletak di bahagian barat London itu.








#United Kingdom #kebakaran #Heathrow #stesen janakuasa elektrik