awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Heathrow London sambung semula beberapa penerbangan

Bernama
Bernama
22/03/2025
05:45 MYT
Lapangan Terbang Heathrow London sambung semula beberapa penerbangan
Heathrow menekankan cabaran untuk memulihkan operasi penuh memandangkan lapangan terbang itu menggunakan tenaga sebanyak sebuah bandar kecil. - Foto Reuters
LONDON: Lapangan Terbang Heathrow London pada Jumaat mengumumkan ia akan menyambung semula beberapa penerbangan susulan gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan gangguan meluas, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Lapangan Terbang Heathrow London mengumumkan penyambungan semula beberapa penerbangan selepas gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan gangguan meluas.
  • Pasukan Heathrow bekerja tanpa henti untuk memastikan pemulihan segera dan memulakan penerbangan repatriasi serta pemindahan pesawat.
  • Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengkritik pengurusan Heathrow kerana bergantung kepada satu sumber kuasa, menyebabkan kekacauan perjalanan global.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Heathrow memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan mengesahkan bahawa usaha pemulihan operasi telah dijalankan sejak kejadian itu berlaku.
"Pasukan kami telah bekerja tanpa henti sejak insiden itu bagi memastikan pemulihan segera. Kami berbesar hati untuk memaklumkan bahawa kami kini dapat memulakan beberapa penerbangan dengan selamat pada lewat hari ini," katanya.
Penerbangan pertama yang akan berlepas ialah penerbangan repatriasi dan penerbangan bagi tujuan pemindahan pesawat. Lapangan terbang itu menggesa penumpang supaya tidak melakukan perjalanan kecuali jika dinasihatkan secara khusus oleh syarikat penerbangan mereka.
"Kami kini akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk membawa pulang penumpang yang telah dilencongkan penerbangannya ke lapangan terbang lain di Eropah," tambah jurucakap itu. "Kami berharap dapat menjalankan operasi penuh esok dan akan memberikan maklumat lanjut dalam tempoh terdekat."
Heathrow turut menekankan cabaran untuk memulihkan operasi penuh memandangkan lapangan terbang itu menggunakan tenaga sebanyak sebuah bandar kecil.
British Airways telah mendapat kebenaran untuk lapan penerbangan jarak jauh berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow pada Jumaat, bermula 7 malam waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.
Lapangan terbang itu kini sedang 'menghubungi pelanggan dengan segera untuk memaklumkan mereka agar mereka dapat menuju ke lapangan terbang,' tambah kenyataan itu.
Lebih 100,000 pelanggan British Airways telah mengalami pembatalan penerbangan.
Anadolu melaporkan bahawa Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengkritik pengurusan Heathrow selepas gangguan bekalan elektrik memaksa penutupan lapangan terbang itu kerana ia bergantung kepada satu sumber kuasa, mencetuskan kekacauan perjalanan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Heathrow London
#sambung semula operasi
#gangguan bekalan elektrik
#penerbangan disambung semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan