awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang Istanbul beroperasi secara berperingkat

Agensi
Agensi
29/06/2016
07:30 MYT
Lapangan terbang Istanbul beroperasi secara berperingkat
Penumpang dibenarkan memasuki lapangan terbang berkenaan selepas melalui pemeriksaan keselamatan. - Foto AP
Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul kembali beroperasi secara berperingkat beberapa jam selepas serangan yang meragut 36 nyawa, AP melaporkan.
Penumpang dibenarkan memasuki lapangan terbang berkenaan selepas melalui pemeriksaan keselamatan.
Bagaimanapun, balai ketibaan antarabangsa yang terletak di bahagian bawah lapangan terbang masih ditutup.
Kejadian yang turut mencederakan 147 orang itu, mengakibatkan dua pertiga penerbangan dibatalkan.
Sementara itu, pihak berkuasa mula menilai kerosakan akibat serangan berkenaan.
Beberapa kenderaan kecemasan juga masih berada di luar bangunan terminal untuk langkah kawalan keselamatan.
BACA: Serangan Turki: Apa yang diketahui setakat ini
BACA: Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan pengganas di Istanbul - Wisma Putra
Dalam kejadian pagi Rabu, tiga pengebom yang memakai vest letupan bertindak meletupkan bom yang dibawa mereka di pintu lapangan terbang tersebut.
Bagaimanapun, Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#Istanbul
#lapangan terbang
#pengebom bunuh diri
#serangan bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan