Lapangan Terbang Narita catat rekod 23.9 juta penumpang asing

Narita berfungsi sebagai pintu masuk terbesar. Jumlah ini berpotensi meningkat lagi dengan promosi pelancongan. - Reuters
CHIBA (Jepun): Lapangan Terbang Narita, di timur Tokyo, mencatatkan 23.91 juta ketibaan dan pelepasan penumpang asing bagi penerbangan antarabangsa pada 2025 susulan lonjakan pelancong yang tiba, sekali gus mencipta rekod untuk tahun kedua berturut-turut, menurut pengendali lapangan terbang itu pada Khamis, lapor Kyodo News.
Peningkatan itu, naik 10 peratus berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh syarikat penerbangan yang melancarkan laluan baharu serta menambah kekerapan penerbangan, terutamanya yang menghubungkan lapangan terbang itu dengan destinasi di Amerika Syarikat dan China, sebagai respons kepada permintaan kukuh kebelakangan ini, menurut Narita International Airport Corp.
"Narita berfungsi sebagai pintu masuk terbesar. Jumlah ini berpotensi meningkat lagi dengan promosi pelancongan," kata Presiden syarikat itu Naoki Fujii pada satu sidang media, merujuk kepada Jepun yang menerima lebih 40 juta pelawat buat pertama kali.
Lapangan terbang di Wilayah Chiba itu turut mencatatkan 42.26 juta ketibaan dan pelepasan keseluruhan, termasuk warga Jepun dan penumpang penerbangan domestik.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


