DUNIA
Lapangan Terbang Vilnius ditutup lagi akibat belon cuaca dari Belarus
Ruang udara di atas Lapangan Terbang Vilnius dibuka semula pada pukul 3.30 pagi (0130 GMT) Ahad. - Foto Facebook/Vilnius Airport
RIGA: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Vilnius di Lithuania digantung sementara untuk malam kedua berturut-turut dan kali ketiga dalam tempoh seminggu selepas belon cuaca dikesan berhampiran kawasan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik pengendali lapangan terbang berkenaan.
Atas sebab keselamatan, trafik udara digantung selama beberapa jam pada Sabtu malam selepas belon berkenaan dilihat terbang menuju ke lapangan terbang terbesar di Lithuania, menurut pengendali lapangan terbang itu.
Ruang udara di atas Lapangan Terbang Vilnius dibuka semula pada pukul 3.30 pagi (0130 GMT) Ahad.
Belon itu dipercayai sering digunakan oleh penyeludup untuk menghantar rokok secara haram dari negara jiran Belarus ke Lithuania.
Menurut Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan, beberapa belon dikesan memasuki ruang udara Lithuania dari Belarus di beberapa lokasi.
Pengawal sempadan Lithuania memaklumkan bahawa empat individu telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan melalui udara.
Sebuah dron kecil turut dikesan berhampiran lapangan terbang namun segera dikenal pasti, dan pengendalinya berjaya ditahan dalam beberapa minit, kata ketua pusat itu, Vilmantas Vitkauskas kepada radio tempatan.
Pihak lapangan terbang itu melaporkan beberapa penerbangan terpaksa dilencongkan, ditangguh atau dibatalkan. Secara keseluruhan, 25 penerbangan dan kira-kira 3,500 penumpang terjejas sepanjang penutupan hampir enam jam yang bermula pada 9.35 malam.
Berikutan insiden itu, dua lagi lintasan sempadan yang masih dibuka dengan Belarus turut ditutup sementara sepanjang malam.
Perdana Menteri Lithuania Inga Ruginiene memanggil mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada Isnin dan tidak menolak kemungkinan penutupan sempadan dengan Belarus untuk tempoh yang lebih lama.
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa belon berkenaan, yang biasanya naik secara menegak dan melintasi sempadan pada altitud tinggi adalah sukar untuk dikesan.
Insiden seumpama itu dilaporkan berlaku dua kali pada awal minggu ini.
-- BERNAMA