awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Laporan itu salah' - Trump nafi Jong-un kritikal

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2020
00:40 MYT
'Laporan itu salah' - Trump nafi Jong-un kritikal
Trump menafikan laporan Jong-un (kanan) berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan. -Gambar fail
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis menafikan laporan bahawa pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan.
Menurut Trump, beliau difahamkan laporan berita yang dikeluarkan oleh CNN adalah berdasarkan dokumen lama, lapor Reuters.
BACA:Kim Jong Un dilapor 'dalam keadaan kritikal' susulan pembedahan
BACA:Trump doakan kesihatan Kim Jong-un
“Saya rasa laporan itu salah,” kata Trump pada sidang media harian di White House.
Trump bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau ada berhubung dengan pegawai di negara itu walaupun pernah menyatakan hasrat untuk berbuat demikian.
“Kita ada hubungan baik dengan Korea Utara, saya ada hubungan baik dengan Kim Jong-un dan saya harap beliau sihat,” kata Trump lagi.
Daily NK, sebuah portal berita yang berpusat di Seoul, Korea Selatan melaporkan Jong-un, 36, kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan kardiovaskular pada April.
Setakat ini tiada berita rasmi tentang keadaan kesihatan Jong-un atau di mana beliau berada walaupun daripada media Korea Utara sendiri.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Jong-un
#Kim Jong Un
#Korea Selatan
#Korea Utara
#kritikal selepas pembedahan
#laporan salah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan