DUNIA
[LAPORAN KHAS] 20 tahun perjanjian damai Helsinki: Aceh nikmati kebebasan, harap ekonomi lebih maju
Gabenor sekarang juga bekas panglima GAM, itu bermakna tiada lagi jurang atau pemikiran primitif, sudah ada ruang untuk golongan wanita untuk beraktiviti,” kata Nova. - Gambar fail.
BANDA ACEH: Dua dekad selepas perjanjian damai Helsinki, wajah Aceh telah berubah, daripada wilayah yang dahulunya penuh sekatan kepada negeri yang lebih terbuka, progresif dan bebas daripada konflik bersenjata.
Jika dahulu kehidupan penuh cabaran dengan pos pemeriksaan di mana-mana, kini generasi muda Aceh menikmati kebebasan baharu, warung kopi dibuka 24 jam, ruang sosial semakin luas dan peluang pekerjaan lebih pelbagai.
Perubahan itu juga terserlah dalam ekonomi dan masyarakat, dengan kemunculan sektor kreatif, aktiviti malam serta silaturahmi yang berkembang pesat.
Kedamaian hari ini datang daripada proses panjang dan penuh pengorbanan, apabila Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan Republik Indonesia mencapai persefahaman pada 15 Ogos 2005, termasuk penyerahan senjata kepada Misi Pemantau Aceh (AMM) dan penghentian operasi ketenteraan oleh TNI.
Pakar masyarakat, kajian budaya dan kriminologi Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Teuku Murdani Syam berkata, keadaan kini jauh lebih stabil.
“Sehingga hari ini saya tidak melihat ada bibit atau sesuatu yang boleh menyebabkan konflik berulang, mungkin 20 tahun akan datang kita tidak tahu, tetapi setakat ini memang tidak ada,” katanya.
Beliau menambah, banyak pihak antarabangsa datang ke Aceh untuk mempelajari bagaimana perdamaian Helsinki bertahan sehingga dua dekad.
“Kalau kita lihat kajian di Asia, contohnya Thailand dan Moro di Filipina, mereka datang ke Aceh untuk pelajari bagaimana damai Helsinki boleh bertahan sampai 20 tahun,” katanya.
Menurut Teuku Murdani lagi, anak muda Aceh kini menikmati keadaan aman dengan sepenuhnya.
“Saya lihat mereka sangat menghargai kedamaian ini, dan saya ragu mereka mahu kembali ke situasi konflik,” ujarnya.
Golongan muda kini juga diberi ruang menyertai aktiviti ekonomi dan industri kreatif, termasuk dalam bidang seni, pendidikan serta keusahawanan.
Pelajar Universiti Syiah Kuala, Nova Misdayanti Mindasari menganggap keamanan hari ini sebagai peluang besar.
“Saya berterima kasih kepada para pejuang terdahulu kerana memberikan perdamaian ini, ia luar biasa bagi kami untuk terus berkarya, melanjutkan pendidikan dan membuka banyak peluang baharu untuk anak muda,” katanya.
Beliau menambah, tiada lagi pemikiran konservatif yang menyekat ruang wanita untuk berkarya.
“Gabenor sekarang juga bekas panglima GAM, itu bermakna tiada lagi jurang atau pemikiran primitif, sudah ada ruang untuk golongan wanita untuk beraktiviti,” jelasnya.
Namun di sebalik ketenangan itu, mangsa konflik masih berharap diberi perhatian khusus, terutama untuk mengatasi trauma dan pelanggaran hak asasi manusia pada masa lalu.
Penyelaras Suruhanjaya kes Orang Hilang dan Mangsa Kekerasan (kontraS), Azharul Husna menegaskan keadilan perlu menjadi agenda utama.
“Kami berharap semangat keadilan dan maruah yang diperjuangkan dahulu dapat diintegrasikan dalam kerja-kerja kerajaan hari ini, termasuk untuk mangsa konflik dan pelanggaran HAM masa lalu,” katanya.
Pengasas Aceh Documentary, Azhari Abdul Ghani, pula melihat aspek pemulihan psikologi sebagai keutamaan.
“Masyarakat Aceh perlu ditangani dari segi psikologinya, kerana ada trauma kolektif yang masih wujud akibat konflik lalu,” katanya.
Bekas perunding GAM, M. Nur Djuli mengingatkan bahawa Aceh tidak kekurangan sumber untuk membangun.
“Aceh cukup kaya dengan hasilnya sendiri, orang Aceh di Malaysia dan Medan banyak yang berjaya, kenapa tidak kembali membangunkan tanah asal sendiri?” katanya.
Selain isu pembangunan, Aceh juga berdepan cabaran rasuah, meskipun indeks pencegahan dan persepsi antirasuah 2024 menunjukkan komitmen tinggi kerajaan.
Menurut Indeks Pencegahan Rasuah (MC) dan Indeks Persepsi Anti Rasuah (IPK) 2024, Aceh menunjukkan komitmen tinggi dengan mencatatkan nilai MCP 85.56 peratus dan IPK 98.53 peratus, namun sekitar 70 peratus kes rasuah masih berlaku dalam sektor penyediaan barang dan perkhidmatan.
“Kalau rasuah tidak dibanteras, apa pun dibuat tidak akan berjaya. Ingat pesanan Dr Mahathir Mohamad dulu ‘bersih, cekap dan amanah’ itulah yang membuat Malaysia maju,” katanya.