DUNIA
Laporan Senat AS dedah kegagalan disiplin Perkhidmatan Rahsia dalam cubaan bunuh Trump
Insiden yang turut meragut nyawa seorang penonton dan mencederakan dua yang lain, telah mendedahkan kecuaian Perkhidmatan Rahsia dalam aspek perancangan dan tindak balas. - Gambar fail/ AP
NEW YORK: Satu laporan Senat Amerika Syarikat (AS) mengenai cubaan pembunuhan terhadap Presiden AS Donald Trump tahun lepas mendedahkan "pelbagai kegagalan yang tidak dapat diterima" dalam disiplin Perkhidmatan Rahsia, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Laporan itu dikeluarkan setahun selepas Trump, yang ketika itu calon presiden cedera ringan akibat terkena peluru apabila seorang lelaki bersenjata berusia 20 tahun melepaskan lapan das tembakan ke arahnya semasa perhimpunan kempen di Butler, Pennsylvania.
Penyerang itu kemudiannya ditembak mati oleh penembak hendap. Namun, insiden yang turut meragut nyawa seorang penonton dan mencederakan dua yang lain, telah mendedahkan kecuaian Perkhidmatan Rahsia dalam aspek perancangan dan tindak balas, menurut laporan itu yang menggesa tindakan disiplin lebih tegas.
"Apa yang berlaku adalah tidak boleh dimaafkan, dan tindakan yang dikenakan setakat ini tidak mencerminkan tahap serius situasi itu," menurut laporan oleh Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kerajaan Senat AS.
"Ini bukan satu kesilapan pertimbangan. Ia adalah kegagalan keselamatan menyeluruh di setiap peringkat -- didorong oleh sikap acuh tak acuh birokrasi, ketiadaan protokol yang jelas, dan keengganan yang mengejutkan untuk bertindak terhadap ancaman secara langsung," kata Pengerusi jawatankuasa daripada Parti Republikan, Rand Paul, dalam satu kenyataan.
Laporan itu turut menyatakan bahawa Perkhidmatan Rahsia menyedari kehadiran individu mencurigakan "hampir 45 minit sebelum tembakan dilepaskan, namun gagal bertindak," sekali gus mendedahkan satu siri kesilapan yang memperlihatkan corak kegagalan komunikasi yang membimbangkan dan kecuaian yang akhirnya membawa kepada tragedi yang sepatutnya boleh dielakkan.
"Kita mesti memastikan individu bertanggungjawab dikenakan tindakan dan pembaharuan dilaksanakan sepenuhnya agar perkara ini tidak berulang," kata Paul.
Pengarah Perkhidmatan Rahsia Kimberly Cheatle, telah meletak jawatan susulan kejadian itu, manakala enam lagi ejen yang bertugas dikenakan penggantungan antara 10 hingga 42 hari, menurut agensi itu pada Khamis.
Namun, tiada individu yang dipecat dan tindakan disiplin itu lebih ringan daripada yang disyorkan oleh jawatankuasa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Laporan Senat AS mengenai cubaan pembunuhan terhadap Donald Trump mendedahkan kegagalan serius dalam disiplin dan tindak balas Perkhidmatan Rahsia, termasuk kelewatan bertindak terhadap ancaman yang dikenal pasti 45 minit sebelum insiden.
- Laporan menyatakan insiden itu bukan kesilapan biasa tetapi kegagalan keselamatan menyeluruh, dengan tindakan disiplin yang dikenakan setakat ini dianggap tidak mencukupi oleh jawatankuasa Senat.
- Pengarah Perkhidmatan Rahsia telah meletak jawatan dan enam ejen digantung, namun tiada pemecatan dilakukan, mendorong gesaan agar pembaharuan dan tindakan lebih tegas dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian berulang.