Skip to main content

Dunia

Laporan WSJ dakwa Israel bina pangkalan rahsia di Iraq untuk perang Iran

Exclusive: Israel built a secret military post in Iraq to support its campaign against Iran and launched strikes on Iraqi troops who almost found it early in the war -- X The Wall Street Journal
Pangkalan sulit itu dikatakan menempatkan pasukan khas serta berfungsi sebagai hab logistik untuk tentera udara Israel. - Foto X/@WSJ

BAITULMAQDIS: Israel dilaporkan membina sebuah pangkalan tentera rahsia di padang pasir Iraq bagi menyokong operasi udara terhadap Iran, menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber termasuk pegawai Amerika Syarikat (AS).

Pangkalan sulit itu dikatakan menempatkan pasukan khas serta berfungsi sebagai hab logistik untuk tentera udara Israel.

Ia juga dilengkapi pasukan mencari dan menyelamat bagi membantu juruterbang Israel sekiranya ditembak jatuh.

Menurut laporan tersebut, pembinaan kemudahan itu dilakukan dengan pengetahuan AS sebelum tercetusnya konflik antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, kewujudan pangkalan itu hampir terbongkar pada awal Mac apabila seorang penggembala tempatan melaporkan aktiviti ketenteraan luar biasa, termasuk pergerakan helikopter di kawasan berkenaan.

Tentera Iraq kemudian dihantar untuk menyiasat, namun dilaporkan telah dihalang oleh serangan udara Israel bagi mengelakkan lokasi tersebut dikesan.

Dalam satu aduan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada akhir Mac, Iraq mendakwa serangan udara tersebut melibatkan kuasa asing dan pada awalnya mengaitkannya dengan AS.

Setakat ini, laporan berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas oleh pihak lain.
 

Must Watch Video